Powered By Blogger

Tuesday 19 July 2011

KUIH TAHI ITIK




Kuih tahi itik merupakan sejenis kuih yang popular di pantai timur seperti Kelantan . Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur dan disira panas dalam air gula. Ia dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik, menurut cita rasa pembuatnya.
Biasanya kuih tahi itik dibuat serentak dengan kuih jala mas atau kuih pauh dilayang, kerana kedua kuih tersebut menggunakan kuning telur, sementara tahi itik menggunakan putih telur.
Kuih tahi itik disediakan dengan menggunakan putih telur yang telah diasingkan dari kuning telur. Selepas itu putih telur yang telah diasingkan itu akan disira dengan dimasak dalam air gula pekat dengan dituang sedikit demi sedikit bagi menghasilkan bentuk akhir. Biasanya kuih tahi itik tidak dibentuk dalam bentuk tertentu kerana ia pada kebiasaannya hanyalah kuih sampingan kepada penyediaan kuih lain.
Kuih tahi itik biasanya tidak banyak dijual secara meluas dan kerana pembuatannya bergantung kepada ada putih telur atau tidak yang biasanya merupakan sisa dari penyediaan kuih jala mas dan seperti dengannya. Kuih tahi itik biasa boleh didapati di pasarpasar minggu, dan pasar tani pada musim-musim tertentu seperti musim cuti sekolah, ketika banyak majlis perkahwinaan diadakan.
sumber gambarkelantan.gov.my

Nama

Nama kuih tahi itik mungkin berdasarkan rupanya yang bewarna keputih-putihan dan bertempek-tempak, yang menyerupai tahi itik. Selain itu mungkin juga kerana ia dihasilkan dari sisa penghasilan kuih lain, menyebabkan ia disamakan dengan sisa / tahi.

 Sumber: Mohamed Yosri Mohamed Yong, release under Creative Commons Attribution-Share Alike 3.0

Fail:Tahi Itik1 (1).jpg

Penyebaran
Kuih tahi itik ini lebih popular di sebelah pantai timur, terutama di Kelantan dan Terengganu yang biasa dan mempunyai banyak hidangan kuih yang manis. Oleh kerana kos pembuatan yang rendah, ia ada dijual begitu sahaja, dan tidak perlu ditempah lebih awal. Bagaimanapun penghasilannya dan penjualannya adalah bermusim.
Kuih tahi itik kurang popular di negeri lain di Malaysia, kemungkinannya disebabkan oleh rasanya yang amat manis dan bergula itu dianggap kurang baik bagi kesihatan. Selain itu rasanya yang manis itu menyebabkan seseorang yang memakannya merasa melekit pada tekak atau digelar lekat ditekak. Kuih tahi itik biasanya dihidangkan secara atas darat atau kering tanpa kuah atau air gula, kecuali yang melekat pada kuihnya.








Monday 18 July 2011

MEE KAMPUNG PEK

 Kepada sesiapa yg nak ke KB, Kelantan.. cari la kedai ini. Kedai utamanya di Machang tetapi banyak lagi cawangannya selain di Machang.
Dah nama restoran pun Mee Kg Pek. Mestilah menu utamanya adalah mi. Tapi jangan bimbang, kepada sesiapa yang bukan pengemar mi, boleh juga mengorder makanan lain. Kalau tak silap masakan panas berasaskan nasi pun ada. 
MEE KAMPUNG PEK
sekali cuba pasti teringat dan nak lagi
anyway ni makanannya..


Sunday 17 July 2011

NASI KAK WOK

Sekali makan pasti nak lagi,confirm..Nasi kak wok sangat sedap dimakan walaupun iainya nampak
ringkas tetapi rasanya sangat sedap

1. Di Kelantan, anda boleh ber jumpa dengan nasi dagang, nasi hujan panas, nasi minyak, nasi
 bukhari, nasi himpit, nasi tumpang, nasi kempal, nasi blauk, dan berbagai-bagai nasik lagi, sehingga tak tertulis disini. tuntuk makluman lanjut, anda boleh melawat ke pesta 100 nasik di Dataran Stadium Sultan Muhammad IV pada tahun depan.
2. Lagi satu nasi yang baru nak naik populariti nya ialah NASI KAK WOK (seperti gambar di atas). Komponennya terdiri dari nasi putih, kuah kari (special kak wok), dan ayam goreng yang dicincang halus. Tu saja. Dan tak lupa, sambal belacan sebagai nilai tambah.hehe
3. Saya tak tahu kenapa dengan beberapa komponen asas tu, nasi kak wok boleh popular hampir seluruh bandar Kota Bharu.
4. Apa yang special nasi ini ialah harganya boleh diubah-ubah. Ada RM1.50, RM2.50 dan RM3.50. bergantung kepada saiz perut pelanggan.
5. Lokasi kedai kak wok ialah betul-betul di hadapan Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3 merangkap sekolah rendah saya dahulu kala, berhampiran dengan HUSM Kubang Kerian. Lagi satu kedai rasanya terletak di bandar kota bharu. (kurang pasti)
6. Jadi ramai murid-murid sekolah yang keluar beli nasi di kedai kak wok kerana kemurahan harganya.
7. Rasa nya agak sedap sehingga menjilat jari kaki. Ditambah jika perut lapar di tengah hari yang panas, bertambah-tambah lah sedapnya.
8. Harapan saya supaya nasi kak wok dapat bersaing dengan nasi-nasi yang lain sebelum di peringkat global. Saya nampak nasi ini ada potensi untuk dikembangkan.




   Pengalaman makan nasi kak wok pasti diingati bagi sesiapa yang kali pertama mencuba nasi kak wok

Nasi Kak Wok
 Nak kembalikan nostalgia kt USM Kelantan dolu2. Nasik Kak Wok nie mmg berhantu… lauknye ayam goreng kunyit dgn kuah dalca je. Rege bermacam rege.. 2 hengget buleh… 3 hengget buleh.. hatta 4 hengget 20 sen pun buleh..heheh.. itu sudaaa tipuuu ;)
Nasi Kak Wok
Memang sedap la,confirm ambil nasi tambah
Nasi Kak WokKalau korang pergi Kubang Kerian, silalah melawat Kak Wok di gerai depan USM tu. Memang syedapp! lebih mujarab pegi awal cikit sebab waktu tghari sgt ramai orang…. :)


Saturday 16 July 2011

NASI KUKUS ZAKINI

photoZakini Nasi Kukus Kota Bharu, Kelantan




Nasi Kukus Zakini




Restoran nasi kukus Zakini ini terletak di no 12, Jalan Abdul Kadir Adabi, 15200, Kota Bharu, Kelantan. Nasi Kukus zakini ini diusahakan oleh pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Zaki dan Ani. Pasangan ini menjual nasi kukus sekitar tahun 80-an dengan cara menjaja sehinggalah mampu memiliki premis yang ada sekarang.





Cubalah rasa nasi kukus ini. Sememangnya rasa yang sedap dan menyelerakan.

Thursday 14 July 2011

BUDU KELANTAN

Budu merupakan makanan traditional Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur.
Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman.
Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.
Budu
Budu
Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan “kuno”.
Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif sepertiaterosklerosiskoroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.
Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoea|cirit (diarrhoea)], penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung danhipertensi.
Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh.
Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.
Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.
Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa danstokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air(vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin ADE dan K).
Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin)vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasinvitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin).
Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin – yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.
Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.
Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.
Seperti halnya vitamin Cvitamin E dan karotenoidisoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.
Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel.
Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.
Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitudaidzeinglisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.
Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.
Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan.
Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium.
Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.
Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.
Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.
Sumber: Wikipedia

Wednesday 13 July 2011

MAKANAN TERKENAL DI KELANTAN

Nasi Kerabu Kelantan

Nasi Kerabu Kelantan adalah antara makanan yang unik di Malaysia. Ia tidak sama lansung dengan nasi goreng kerabu ataupun memakan nasi putih bersama sebarang kerabu (e.g: kerabu mangga, kerabu jantung, kerabu perut dll). Nasi Kerabu Kelantan terbahagi kepada dua jenis, pertama nasi kerabu tumis dan kedua nasi kerabu ulam.

Nasi Kerabu Tumis dimakan bersama dengan kuah tumis seakan-akan tumis percik, manakala nasi kerabu ulam samada berwarna kuning ataupun berwarna biru. Bagi nasi kerabu ulam biru, warna biru ini didapati daripada Bunga Telang Biru, Blue Pea atau nama saintifiknya Clitoria Ternatea. Bagi yang tidak mengetahui, ramai memanggilnya sebagai bunga nasi kerabu. Bunga ini banyak ditanam oleh kaum cina kerana mereka membuat kueh dengannya iaitu pulut tai tai yang khusus semasa hari perkahwinan.


Antara lauk yang biasa menemani nasi kerabu iala ikan celup tepung, telur masin, daging bakar, ayam goreng biasa atau berempah. Antara ulam yang terdapat bersamanya ialah daun kesom, kacang panjang@kacang botol, mentimun, daun serai dan bunga kantan.
Suka diingatkan bahawa, menjadi kewajipan dalam hidangan nasi Kerabu Ulam ialah BUDU yang sememangnya menjadi trademark kepada Kelantan. Bagi yang tidak tegal dengannya, anda bolehlah minta digantikan dengan sambal belacan atau sambal garam.

Nasi Kerabu ini merupakan makanan tradisi masyarakat Melayu kelantan. Namun hari ini kita dapat menikmati makanan ini diseluruh negara dengan bertebarannya anak-anak Kelantan yang berniaga makanan diluar tanah Cik Siti Wan Kembang.

Nasi Kerabu Tumis