Powered By Blogger

Sunday 17 July 2011

NASI KAK WOK

Sekali makan pasti nak lagi,confirm..Nasi kak wok sangat sedap dimakan walaupun iainya nampak
ringkas tetapi rasanya sangat sedap

1. Di Kelantan, anda boleh ber jumpa dengan nasi dagang, nasi hujan panas, nasi minyak, nasi
 bukhari, nasi himpit, nasi tumpang, nasi kempal, nasi blauk, dan berbagai-bagai nasik lagi, sehingga tak tertulis disini. tuntuk makluman lanjut, anda boleh melawat ke pesta 100 nasik di Dataran Stadium Sultan Muhammad IV pada tahun depan.
2. Lagi satu nasi yang baru nak naik populariti nya ialah NASI KAK WOK (seperti gambar di atas). Komponennya terdiri dari nasi putih, kuah kari (special kak wok), dan ayam goreng yang dicincang halus. Tu saja. Dan tak lupa, sambal belacan sebagai nilai tambah.hehe
3. Saya tak tahu kenapa dengan beberapa komponen asas tu, nasi kak wok boleh popular hampir seluruh bandar Kota Bharu.
4. Apa yang special nasi ini ialah harganya boleh diubah-ubah. Ada RM1.50, RM2.50 dan RM3.50. bergantung kepada saiz perut pelanggan.
5. Lokasi kedai kak wok ialah betul-betul di hadapan Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3 merangkap sekolah rendah saya dahulu kala, berhampiran dengan HUSM Kubang Kerian. Lagi satu kedai rasanya terletak di bandar kota bharu. (kurang pasti)
6. Jadi ramai murid-murid sekolah yang keluar beli nasi di kedai kak wok kerana kemurahan harganya.
7. Rasa nya agak sedap sehingga menjilat jari kaki. Ditambah jika perut lapar di tengah hari yang panas, bertambah-tambah lah sedapnya.
8. Harapan saya supaya nasi kak wok dapat bersaing dengan nasi-nasi yang lain sebelum di peringkat global. Saya nampak nasi ini ada potensi untuk dikembangkan.




   Pengalaman makan nasi kak wok pasti diingati bagi sesiapa yang kali pertama mencuba nasi kak wok

Nasi Kak Wok
 Nak kembalikan nostalgia kt USM Kelantan dolu2. Nasik Kak Wok nie mmg berhantu… lauknye ayam goreng kunyit dgn kuah dalca je. Rege bermacam rege.. 2 hengget buleh… 3 hengget buleh.. hatta 4 hengget 20 sen pun buleh..heheh.. itu sudaaa tipuuu ;)
Nasi Kak Wok
Memang sedap la,confirm ambil nasi tambah
Nasi Kak WokKalau korang pergi Kubang Kerian, silalah melawat Kak Wok di gerai depan USM tu. Memang syedapp! lebih mujarab pegi awal cikit sebab waktu tghari sgt ramai orang…. :)


No comments:

Post a Comment