Powered By Blogger

Monday 12 September 2011

LAKSAM

                                           Laksam kuah mentah yang sedap dan hanya terdapat di Terengganu. Ia tidak tahan lama dan perlu dimakan segar.


Laksam merupakan sejenis masakan daripada negeri Kelantan yang diperbuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah. Biasanya adunan cair tepung beras ini akan disalut pada tudung periuk dan dimasak. Apabila mengeras, ia akan digulung menjadi panjang dan sedia untuk dihidangkan. Semasa dihidang, ia boleh dipotong-potong agar mudah menyerap kuah laksam.

RESEPI:
Kuah

  1. 300 gm isi ikan
  2. 150 ml santan pekat (tambah air jika perlu)
  3. 4 ulas bawang merah (dikisar)
  4. 4 ulas bawang putih (dikisar)
  5. 1 batang serai (dikisar)
  6. Sedikit halia (dikisar)
  7. 2 kiub pati ayam
  8. Sedikit kacang panjang, tauge, kobis, daun selasih, sengkuang, timun dan daun salam (dihiris)
          sedikit lada hitam.



Laksam
  1. Minyak masak, garam & lada sulah 1 cawan tepung beras
  2. 1 cawan tepung ubi
  3. 2-3 cawan air
        4.  sedikit garam


Cara penyediaan

Tepung beras, tepung ubi, garam dan air dibancuh sehingga sebati. Gunakan tudung periuk sebagai loyang dan guna satu senduk adunan bagi setiap loyang. Pastikan adunan tidak terlalu tebal. Kukus hingga masak. Keluarkan kepingan laksam dari loyang dan digulung. Ulang proses ini hingga adunan habis. Ketepikan. Tumiskan bahan yang dikisar hingga garing. Masukkan isi ikan, kiub pati ayam & santan. Apabila mendidih, masukkan garam & serbuk lada sulah. Matikan api dan ia sedia unduk dihidangkan.


  

Laksam Kelantan

Laksam amat terkenal sebagai salah satu menu sarapan pagi di Negeri Kelantan. Kini ianya bukan hanya terdapat di Negeri Kelantan, malah telah diperkenalkan sebagai salah satu menu utama sarapan pagi di tempat-tempat lain juga di Malaysia. Ianya diperbuat daripada tepung beras dan jagung. Kemudian dimakan dengan kuah ikan bersantan yang pekat. Digaulkan juga bersama ulam-ulaman dan sambal.
                                               

Teknik pemotongan laksam :
                                                
Laksam perlu dipotong secara kecil-kecil bagi memudahkan kita untuk makan dan apabila laksam dipotong kecil, rasa kuah akan lebih dapat dirasai. Bagi setiap pelanggan yang inginkan laksam yang berkualiti, mereka perlulah memastikan laksam yang mereka potong itu tidak hancur semasa dipotong.

Kilang laksam terkenal di Kelantan

Satu lagi kilang yang dimiliki ahli Komuniti BESTARI Kampung Talak ialah kilang perusahaan laksam. Kilang tersebut yang dimiliki oleh Che Bidah Che Wan merupakan ibu kepada Zainun telah beroperasi sejak 35 tahun lamanya hasil daripada warisan turun-temurun.

“Dahulu hanya kilang ini sahaja yang beroperasi menghasilkan mi-mi tersebut. Kini ada tiga kilang lain yang turut menghasilkan produk yang sama namun saya bersyukur kerana ia tersebut masih mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai”, jelas Che Bidah.


“Pada zaman sebelum masyarakat mengetahui kewujudan laksa dan laksam keluaran kilang ini, saya sendiri yang terpaksa menjual produk laksa dan laksam di pasar Kota Baharu, pasar minggu dan di tepi-tepi jalan”, tambah beliau ketika mengimbas kenangan.
Setelah berjaya dengan perusahaan kilang tersebut, kini beliau  untuk membeli lebih banyak mesin serta perkakas lain yang boleh membantu meningkatkan lagi produktiviti pengeluaran laksa dan laksam.

 




No comments:

Post a Comment