Powered By Blogger

Monday, 12 September 2011

KETUPAT PALAS



Ketupat palas atau ketupat pulut ialah ketupat yang menggunakan daun pokok palas sebagai pembungkusnya.Di kelantan ketupat palas lebih meluas dihidangkan pada hari raya berbanding ketupat nasi. Berbeza dengan ketupat daun atau ketupat nasi ialah dari segi bentuk, saiz, penggunaan daun untuk membalut dan beras. Ketupat daun atau ketupat nasi, dianyam berbentuk empat segi ataupun berbentuk bawang yang menggunakan daun kelapa. Bentuk ketupat palas pula berbentuk tiga segi. Penggunaan beras sebagai isi atau inti ketupat juga berbeza. Beras yang digunakan untuk ketupat palas ini ialah beras pulut, manakala isi ketupat daun menggunakan beras nasi, iaitu beras yang digunakan sebagai makanan harian.
Pokok Daun Palas

Daun Palas


Ketupat yang sudah dimasak











                                              
                                                                          pulut yang sudah ditanak

                                                    
                                                                             
                                                    

                                                    

                                                   

                                                 

                                                 

                                                 
                                                    ketupat daun palas yang sudah di balut



2 kilo pulut
3 biji kelapa - diambil santan atau beli 1 kilo santan segera
Garam dan gula secukup rasa.

Cara
Pulut direndam semalaman. Boleh juga rendam sebelah pagi dan diguna sebelah petang. Kukus pulut sahaja. Dah masak, angkat. Gaul pulut dengan santan. Kacau rata. Santan telah dimasukkan dengan gula dan garam terlebih dahulu.

Bungkus pulut dalam daun palas hingga habis. Sediakan periuk. Lapian bawah sekali diletak saki baki daun palas yang tidak diperlukan lagi. Tujuannya adalah untuk mengelakkan ketupat dari menjadi hangit. Letak ketupat palas di atasnya. Masukkan air. Pastikan tuang air sehingga separuh dari tinggi ketupat. Rebus ketupat sehingga air menjadi kering. Siap untuk dihidang.

SATE BAUNG




Bagi penduduk Kelantan, Kampung Baung dekat Pengkalan Chepa di sini cukup sinonim dengan kerana ramai penduduknya menghasilkan sate sebagai sumber pendapatan keluarga.

Meskipun namanya tidak terkenal seperti sate Kajang, rasa dan aromanya setanding, cuma mungkin kurang publisiti terhadap perusahaan makanan itu.
Perusahaan sate di Kampung Baung selaras usaha kerajaan menggalakkan penduduk melaksanakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerusi konsep satu kampung satu pengeluaran.

Pengusaha sate di kampung itu, Zamri Othman, 38, mewarisi perniagaannya ini daripada bapanya, seorang pesara tentera, Othman Samaah, 68, sejak 15 tahun lalu.

Kesungguhan keluarganya berniaga sate membawa kepada penubuhan syarikat Satay Baung Trading yang berusaha memperluaskan pasaran sate yang diusahakan keluarga mereka.


                          
Gambar diatas ialah gambar gambar pekerja yang sedang memaasak kuah sate.



                          
                                                ENAK: Sate ayam  yang sudah siap dibakar.

                                                             

  • Rasa sate baung ini  sangat manis san enak di makan.. Kebanyakan kedai  sate baung di kawasan Pengkaan Chepa di penuhi oleh pelanggan terutamanya pada hujung minggu.
  • Biasanya penggemar sate akan memenuhi kedai sate pada lewat malam.
  • Sate baung menggunakan lidi kelapa sebagai batang sate dan bukan lidi buluh yang digunakan kebanyakan pengusaha sate lain.
  • Pngusaha sate baung   menggunakan dapur kayu untuk memasak kuah dan arang bagi membakar sate. Mereka tidak menggunakan kipas elektrik untuk membantu menyalakan bara dan tidak menggunakan dapur gas, sebalik mengipas sendiri.                       
Price : RM 13
Satey 20 cucuk : RM 10
Nasi impit : RM 3
(yang special nya, utk nasi impit pun dpt kuah tau)
woww!!!  mkn spaket satey yang diisi penuh jerk.
yng stengah lagik leh disimpan.

KETUPAT SOTONG ( SEPANG SQUID )



This Tasty food is made by putting glutinous rice into the cuttlefishand it is cooked with brown sugar or known as 'sugar' as its sauce.It is eaten as well as other traditional 'cake'.Sepang octopus or squid, also known as the gag was stuffed withglutinous rice squid cooked in thick coconut milk. Glutinous rice will be cooked with coconut milk before the stuffed squid in coconut milkbefore serving with sauceGlutinous red rice is also used to make ketupat squid






SEPANG SQUID RECIPE

INGREDIENTS

  1. 4 large heads garlic squid-wash dry clean water.
  2. 200 grams of glutinous rice, wash and soak 45 minutes.
  3. 200 ml coconut milk to add in glutinous rice.
  4. 250 ml medium-thick coconut milk.
  5. 120 grams of sugar-Cook first with a little water.
  6. Salt.
  7. 3 pandan leaves.
  8. Satay skewers.
Method:


Heat the water steamtanak glutinous rice cooked with coconut milk until masak.Dah cool.
Plug into the squid rice 1 / 3 full, add squid heads embed satayskewersCombine squid with medium-thick coconut milksugar and salt into a pot, add the leaves pandan.Kacau until gravy thickens.                                                                                                                                                                                               *tu-cooked glutinous rice is more, so can exaggerate sotongnya


If you follow the recipe ni, and let manisnya.Jika sweeter I can addsugar to enter the glutinous rice putih.Ada not ditanak first, mamaalways tanak pulutnya.Boleh first eat with rice or just eat like that ..smile .. smile ..





KUIH BANGKIT NANGKA





Details Jackfruit cake, also known as pengat details jackfruit, a kind of popular traditional cake in the east coast of Kelantan andTerengganu.Details Jackfruit cake is a cake made ​​with glutinous rice, coconut milk and tie / brown sugar. Traditionally, pandan leaves blended to produce a green dye, but now there are grain cakes mixed with red dye jackfruit and others.Details Jackfruit cake is a cake with gravy and have a fatty. At present, details Jackfruit cake is still available in the market.


ORIGINAL

NAME

 Details jackfruit cake called that because its shape is round, such as grain size jack fruit.

DISSEMINATION

Details Jackfruit cake to be made, and there are daily sold widelyand need not be booked in advance. However, because it wasgravy and sticky, it is difficult served at the meal because it takesthe bowl to serve.

IN POPULAR CULTURE

Cake Jackfruit lesser-known items.




INGREDIENTS

  1. 4 cups glutinous rice flour
  2. Water
  3. A little lime to eat (not kite park, JAP)
  4. Pinch of salt and green food coloring @ pandan leaves 
INGREDIENTS FOR SAUCE

  1. Coconut milk from half nuts
  2. Sugar (use brown sugar kite)
  3. 1 teaspoon fenugreek not kite park, less gemor )
  4. Salt
  5. Pandan leaves
DIRECTION

  1. Enter a little water into the container, add a little lime, a pinch of saltand eat with dye. stir.
  2. Stir in the flour a little while in the mix.
  3. Make up the dough and the dough does not stick in hand.
  4. Add water to the executive.
  5. Heat water to a boil, add the digentelkan dough, when cooked it will occur.
  6. When I arose that, to cedokkan and enter into a container filled with water.
  7. For the broth is, enter all the ingredients into a pot, cook until boiling.
  8. When I finished bolehla details jackfruit mixed with broth. ready to be served.
  9. Eat more coconut milk if you want more gravy. as well asfenugreek. can be added sukatannya if you like.



LAKSAM

                                           Laksam kuah mentah yang sedap dan hanya terdapat di Terengganu. Ia tidak tahan lama dan perlu dimakan segar.


Laksam merupakan sejenis masakan daripada negeri Kelantan yang diperbuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah. Biasanya adunan cair tepung beras ini akan disalut pada tudung periuk dan dimasak. Apabila mengeras, ia akan digulung menjadi panjang dan sedia untuk dihidangkan. Semasa dihidang, ia boleh dipotong-potong agar mudah menyerap kuah laksam.

RESEPI:
Kuah

  1. 300 gm isi ikan
  2. 150 ml santan pekat (tambah air jika perlu)
  3. 4 ulas bawang merah (dikisar)
  4. 4 ulas bawang putih (dikisar)
  5. 1 batang serai (dikisar)
  6. Sedikit halia (dikisar)
  7. 2 kiub pati ayam
  8. Sedikit kacang panjang, tauge, kobis, daun selasih, sengkuang, timun dan daun salam (dihiris)
          sedikit lada hitam.



Laksam
  1. Minyak masak, garam & lada sulah 1 cawan tepung beras
  2. 1 cawan tepung ubi
  3. 2-3 cawan air
        4.  sedikit garam


Cara penyediaan

Tepung beras, tepung ubi, garam dan air dibancuh sehingga sebati. Gunakan tudung periuk sebagai loyang dan guna satu senduk adunan bagi setiap loyang. Pastikan adunan tidak terlalu tebal. Kukus hingga masak. Keluarkan kepingan laksam dari loyang dan digulung. Ulang proses ini hingga adunan habis. Ketepikan. Tumiskan bahan yang dikisar hingga garing. Masukkan isi ikan, kiub pati ayam & santan. Apabila mendidih, masukkan garam & serbuk lada sulah. Matikan api dan ia sedia unduk dihidangkan.


  

Laksam Kelantan

Laksam amat terkenal sebagai salah satu menu sarapan pagi di Negeri Kelantan. Kini ianya bukan hanya terdapat di Negeri Kelantan, malah telah diperkenalkan sebagai salah satu menu utama sarapan pagi di tempat-tempat lain juga di Malaysia. Ianya diperbuat daripada tepung beras dan jagung. Kemudian dimakan dengan kuah ikan bersantan yang pekat. Digaulkan juga bersama ulam-ulaman dan sambal.
                                               

Teknik pemotongan laksam :
                                                
Laksam perlu dipotong secara kecil-kecil bagi memudahkan kita untuk makan dan apabila laksam dipotong kecil, rasa kuah akan lebih dapat dirasai. Bagi setiap pelanggan yang inginkan laksam yang berkualiti, mereka perlulah memastikan laksam yang mereka potong itu tidak hancur semasa dipotong.

Kilang laksam terkenal di Kelantan

Satu lagi kilang yang dimiliki ahli Komuniti BESTARI Kampung Talak ialah kilang perusahaan laksam. Kilang tersebut yang dimiliki oleh Che Bidah Che Wan merupakan ibu kepada Zainun telah beroperasi sejak 35 tahun lamanya hasil daripada warisan turun-temurun.

“Dahulu hanya kilang ini sahaja yang beroperasi menghasilkan mi-mi tersebut. Kini ada tiga kilang lain yang turut menghasilkan produk yang sama namun saya bersyukur kerana ia tersebut masih mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai”, jelas Che Bidah.


“Pada zaman sebelum masyarakat mengetahui kewujudan laksa dan laksam keluaran kilang ini, saya sendiri yang terpaksa menjual produk laksa dan laksam di pasar Kota Baharu, pasar minggu dan di tepi-tepi jalan”, tambah beliau ketika mengimbas kenangan.
Setelah berjaya dengan perusahaan kilang tersebut, kini beliau  untuk membeli lebih banyak mesin serta perkakas lain yang boleh membantu meningkatkan lagi produktiviti pengeluaran laksa dan laksam.

 




Tuesday, 19 July 2011

KUIH TAHI ITIK




Kuih tahi itik merupakan sejenis kuih yang popular di pantai timur seperti Kelantan . Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur dan disira panas dalam air gula. Ia dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik, menurut cita rasa pembuatnya.
Biasanya kuih tahi itik dibuat serentak dengan kuih jala mas atau kuih pauh dilayang, kerana kedua kuih tersebut menggunakan kuning telur, sementara tahi itik menggunakan putih telur.
Kuih tahi itik disediakan dengan menggunakan putih telur yang telah diasingkan dari kuning telur. Selepas itu putih telur yang telah diasingkan itu akan disira dengan dimasak dalam air gula pekat dengan dituang sedikit demi sedikit bagi menghasilkan bentuk akhir. Biasanya kuih tahi itik tidak dibentuk dalam bentuk tertentu kerana ia pada kebiasaannya hanyalah kuih sampingan kepada penyediaan kuih lain.
Kuih tahi itik biasanya tidak banyak dijual secara meluas dan kerana pembuatannya bergantung kepada ada putih telur atau tidak yang biasanya merupakan sisa dari penyediaan kuih jala mas dan seperti dengannya. Kuih tahi itik biasa boleh didapati di pasarpasar minggu, dan pasar tani pada musim-musim tertentu seperti musim cuti sekolah, ketika banyak majlis perkahwinaan diadakan.
sumber gambarkelantan.gov.my

Nama

Nama kuih tahi itik mungkin berdasarkan rupanya yang bewarna keputih-putihan dan bertempek-tempak, yang menyerupai tahi itik. Selain itu mungkin juga kerana ia dihasilkan dari sisa penghasilan kuih lain, menyebabkan ia disamakan dengan sisa / tahi.

 Sumber: Mohamed Yosri Mohamed Yong, release under Creative Commons Attribution-Share Alike 3.0

Fail:Tahi Itik1 (1).jpg

Penyebaran
Kuih tahi itik ini lebih popular di sebelah pantai timur, terutama di Kelantan dan Terengganu yang biasa dan mempunyai banyak hidangan kuih yang manis. Oleh kerana kos pembuatan yang rendah, ia ada dijual begitu sahaja, dan tidak perlu ditempah lebih awal. Bagaimanapun penghasilannya dan penjualannya adalah bermusim.
Kuih tahi itik kurang popular di negeri lain di Malaysia, kemungkinannya disebabkan oleh rasanya yang amat manis dan bergula itu dianggap kurang baik bagi kesihatan. Selain itu rasanya yang manis itu menyebabkan seseorang yang memakannya merasa melekit pada tekak atau digelar lekat ditekak. Kuih tahi itik biasanya dihidangkan secara atas darat atau kering tanpa kuah atau air gula, kecuali yang melekat pada kuihnya.








Monday, 18 July 2011

MEE KAMPUNG PEK

 Kepada sesiapa yg nak ke KB, Kelantan.. cari la kedai ini. Kedai utamanya di Machang tetapi banyak lagi cawangannya selain di Machang.
Dah nama restoran pun Mee Kg Pek. Mestilah menu utamanya adalah mi. Tapi jangan bimbang, kepada sesiapa yang bukan pengemar mi, boleh juga mengorder makanan lain. Kalau tak silap masakan panas berasaskan nasi pun ada. 
MEE KAMPUNG PEK
sekali cuba pasti teringat dan nak lagi
anyway ni makanannya..